Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Anjur Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan 0

Posted on 24, Jun 2017

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Anjur Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan/aktiviti berita  PKINK Anjur Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan/aktiviti berita  PKINK Anjur Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan/aktiviti berita  PKINK Anjur Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan/aktiviti berita  PKINK Anjur Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan/aktiviti berita  PKINK Anjur Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan/aktiviti berita  PKINK Anjur Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan/aktiviti berita  PKINK Anjur Singgah Sahur Bersama Pasukan Keselamatan/aktiviti berita

 

 

KOTA BHARU 24 Jun : Sehari sebelum Ramadan melabuhkan tirai, Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Masjid As Salam Pengkalan Chepa serta lapan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan program ‘Singgah Sahur Semarak Kasih Ramadan’.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Mazli Zakuan Mohd Noor berkata, program singgah sahur yang diadakan itu adalah kali pertama dengan kerjasama pengurusan masjid dan juga NGO membabitkan 50 orang sukarelawan.

Katanya, program yang bermula 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi itu bertujuan menyantuni pasukan keselamatan yang bertugas dan individu yang bertugas secara syif di bulan Ramadan.

“Kami mengagihkan 350 bungkusan makanan di 10 destinasi antaranya Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim, BBP Kota Bharu, BBP Tunjong, BBP Pengkalan Chepa serta Balai Polis Kota Bharu, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kota Bharu dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu, dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

“Dengan adanya sebegini, dapatlah kami membuat sedikit kebajikan untuk memberikan keceriaan kepada anggota keselamatan yang bertugas sepanjang bulan Ramadan ini,”katanya di sini, semalam.

Menurut Mazli Zakuan dalam masa sama, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihaknya bersama sukarelawan yang terbabit serta pasukan keselamatan.

“Di masa akan datang, saya berharap agar program seperti ini dapat diperluaskan lagi bukan sahaja tertumpu di Kota Bharu malah di daerah lain juga.

“Menerusi pendekatan seperti ini, ia dapat menghidupkan kemeriahan bersahur dalam kalangan pasukan keselamatan mahupun individu yang tidak berkesempatan bersahur bersama keluarga mereka di rumah,” katanya.