Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang 0

Posted on 2, Disember 2018

in Category Aktiviti / Berita


Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita  Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita  Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita  Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita  Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita  Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita  Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita  Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita  Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita  Penghuni RSK Dirai Penuh Kasih Sayang/aktiviti berita

KANAK-KANAK dari awal usia sudah sepatutnya dididik supaya menghormati dan menyayangi golongan yang lebih tua seperti ibu bapa dan datuk serta nenek.

Ini penting supaya mereka membesar dengan perasaan penuh kasih sayang dan tidak mengetepikan golongan warga emas apabila dewasa kelak.

Bagi memupuk sifat kasih sayang dan keprihatinan generasi muda terhadap warga emas, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK), Sekolah Kebangsaan Islah dan Masjid As Salam Pengkalan Chepa telah mengadakan Program Tautan Kasih @ Rumah Seri Kenangan (RSK), di sini, semalam.

Seramai 44 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Islah
menggamatkan suasana dengan pelbagai permainan yang melibatkan ‘cucu dan datuk serta nenek’ antaranya atuk mumia, nek cun dan musang berjanggut.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P) PKINK, Mohamad Nasriff Daud berkata, kerjasama program itu kali pertama dibuat dan penganjurannya bagi meraikan penghuni RSK.

“Kami gabungkan pembabitan murid sekolah kerana ingin mendidik golongan muda supaya lebih menghargai warga emas dengan berinteraksi sesama mereka.

“Sekurang-kurangnya penghuni RSK merasa sedikit kasih sayang walaupun bukan darah daging sendiri dan boleh menganggap murid ini sebagai pengganti keluarga kandung,” katanya ketika ditemui di sini.

Turut hadir, Pemangku Yang DiPertua KSKK PKINK, Nor Azuwan Saleh, Guru Besar SK Islah, Zanoriah Ismail, Imam Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, Osman Mohd Zain dan wakil-wakil NGO.

Sementara itu, Zanoriah berkata, program ini bertujuan untuk menanam rasa bersyukur dalam kalangan murid atas segala nikmat yang telah dikurniakan.

“Mereka mungkin akan tertanya-tanya mengapa ‘atuk’ dan ‘nenek’ ini tinggal di pusat jagaan ini dan mengapa tidak tinggal bersama keluarga.

“Ia memberi pengalaman baharu kepada murid-murid dan berpeluang melihat sendiri kehidupan datuk dan nenek dengan lebih dekat lagi, di samping memberi kesedaran kepada mereka tentang tingginya komitmen dan kasih sayang terhadap warga emas,” katanya.

Program yang mendapat kerjasama ThirdForce Kota Bharu, Rumah Mahabbah Kota Bharu, KEMAHANGcare, Pusat Perubatan An Nisa dan Ar Rahn turut menyumbang kain pelikat, kain sarung, tuala dan barangan keperluan kebersihan serta wang tunai.

Dalam majlis sama turut diadakan sambutan Maulidurrasul dan sambutan hari lahir untuk penghuni RSK yang lahir pada bulan Disember selain persembahan action song daripada pelajar SK Islah.