Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Falsafah Korporat

Falsafah Korporat/Membina sebuah Kumpulan teguh, dinamik dan berdayasaing untuk menerajui pembangunan ekonomi negeri.

 

Mensasarkan pertumbuhan yang mapan dengan menceburi perniagaan yang memiliki kelebihan dayasaing, di samping mengekalkan rasa tanggungjawab kepada masyarakat.

 

Menggalakkan aktiviti komersial serta mewujudkan peluang pekerjaan di samping membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kerjasama antara sektor kerajaan, pihak swasta dan masyarakat keseluruhannya.

 

Menghormati setiap pelanggan dan membalas kesetiaan mereka dengan perkhidmatan yang baik dan produk yang berkualiti melalui dedikasi yang unggul.

 

Berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam sebagai prinsip dan panduan ke arah mencapai matlamat korporat untuk kesejahteraan ummah.

 

Menghasilkan kumpulan kerja yang berkualiti melalui pengwujudan persekitaran kerja yang menjamin peningkatan dan perkembangan peluang kerjaya, di samping menggalakkan semangat berkumpulan serta mewujudkan sikap saling hormat-menghormati dan mempercayai di setiap peringkat dalam organisasi.

 

Menerima pakai amalan-amalan pengurusan sejagat yang terbukti keunggulan dan menggunakan teknologi terbaik bagi bagi menjamin keterampilan pengurusan serta keberkesanan kos.