Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima “Duit Raya” Daripada PKINK 0

Posted on 10, Jun 2018

in Category Aktiviti / Berita


Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita  Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita  Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita  Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita  Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita  Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita  Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita  Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita  Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita  Pengayuh Beca dan Golongan Kurang Kemampuan Terima Duit Raya Daripada PKINK/aktiviti berita

Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan yang di cetus oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak tahun 90-an ternyata bukan sekadar retorik semata-mata, sebaliknya berjaya diaplikasikan demi membela nasib dan kesejahteraan rakyat Kelantan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), sebagai sebuah agensi ekonomi negeri Kelantan berusaha untuk bersama kerajaan negeri mengupayakan taraf hidup rakyat miskin agar menikmati kehidupan lebih selesa dengan menyediakan pelbagai sumbangan dan bantuan untuk meringankan beban mereka termasuklah sumbangan ‘duit raya’ bagi menghargai jasa-jasa pengayuh beca menyediakan perkhidmatan mereka di sekitar Kawasan Kota Bharu.

Seramai 36 pengayuh beca telah menerima ‘duit raya’ yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK disini hari ini.

Ini merupakan tahun kesepuluh PKINK memberi sumbangan ‘duit raya’ kepada pengayuh beca di Kota Bharu, bagi membolehkan mereka membeli pelbagai keperluan untuk menyambut Aidilfitri.

Wan Zawawi berkata, sumbangan itu juga diberikan sebagai kebajikan pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Sumbangan ini juga sebagai simbolik kepada keprihatinan dan rasa tanggungjawab terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keharmonian rakyat senstiasa dijaga.

“Saya juga berharap agar masyarakat menjadikan sedekah ini sebagai satu amalan dalam kehidupan sesuai dengan tuntutan agama selain menyemai rasa tanggungjawab dalam membantu kebajikan dan mengekalkan keharmonian kita semua,” katanya.

Jelasnya lagi, penerima juga jangan lupa untuk berbakti kepada ibu bapa dan berkongsi sumbangan dengan bersedekah walaupun dengan jumlah yang sedikit untuk mendapat keberkatan, kerana sesiapa sahaja layak untuk menderma mengikut kemampuan masing-masing.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ab Aziz Yunus dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman.

Selain itu, PKINK turut menyumbang ‘duit raya’ kepada 22 asnaf, anak istimewa anggota PKINK, balu bekas anggota PKINK serta petugas am di PKINK.