Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Pendedahan Maklumat Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2017 0

Posted on 2, Oktober 2017

in Category Aktiviti / Berita


Pendedahan Maklumat Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2017/aktiviti berita Pendedahan Maklumat Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2017/aktiviti berita Pendedahan Maklumat Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2017/aktiviti berita

Pendedahan Maklumat Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2017/aktiviti berita Pendedahan Maklumat Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2017/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menerusi Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Sarawak . Ini sebagai penghargaan kepada sekolah – sekolah yang telah memenangi Konvesnyen PROTUNe peringkat Negeri Kelantan 2016/2017.

Lawatan ini melibatkan 2 sekolah iaitu Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan dan Maahad Amir Indera Petra yang merangkumi 4 orang guru pembimbing dan 11 orang pelajar Program Tunas Niaga (PROTUNe). lawatan ini diiringi oleh 2 orang Pegawai Bahagian Usahawan.

Lawatan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai projek- projek yang dilaksanakan oleh Perbadanan Ekonomi Negeri Sarawak serta aktiviti keusahawanan dan kebudayaan negeri Sarawak.

Antara tempat – tempat yang dikunjungi semasa lawatan ialah di Bangunan Perbadanan Ekonomi Negeri Sarawak, Borneo 744, Sarawak Cultural Village, Kilang Pengusaha Kerepok Lekor Sarawak Junaidi Enterprise dan Muzium Negeri Sarawak.