Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Misi Ramadhan Bersama Orang Asal 0

Posted on 28, Mei 2018

in Category Aktiviti / Berita


Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita  Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita  Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita  Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita  Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita  Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita  Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita  Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita  Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita  Misi Ramadhan Bersama Orang Asal/aktiviti berita

Seramai 50 peserta membabitkan agensi kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan menyertai konvoi berkereta ‘Misi Ramadan Bersama Kaum Temiar’ anjuran bersama Misi Kembara Dakwah (MKD), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK), di sini.

Program yang diadakan selama dua hari itu turut mendapat sokongan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang turut disertai pelbagai syarikat dan NGO lain antaranya Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd (SLSTSB), Malaysian Relief Agency (MRA) dan Gabungan Sukarelawan Daerah Taiping (GSDT).

Timbalan Pengerusi Misi Kembara Dakwah (MKD) merangkap Pengarah Program, Dr Wan Martina Wan Yusoff menjelaskan, pihaknya bukan sahaja menyampaikan bantuan kit makanan harian malah turut mengadakan iftar dan solat tarawih bersama penduduk muslim dan kelas pengajian agama untuk kanak-kanak yang beragama Islam.

“Program kita ini berkonsepkan persaudaraan di mana setiap peserta digalakkan untuk turut serta menyumbang selain bergotong royong dalam setiap gerak kerja sepanjang program berlangsung.

“Ini merupakan program tahunan kita bersama masyarakat orang asal Pos Medrod, Lojing. Kami juga bercadang untuk mengadakan majlis hari raya di sini seperti tahun sebelum kerana Pos Mendrod merupakan Kampung angkat MKD dan KSKK PKINK,” katanya ketika ditemui selepas acara pelepasan konvoi di sini baru-baru ini.

Peserta konvoi dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail di kediamannya.

Turut hadir, Yang Dipertua KSKK PKINK, Ab Aziz Yunus dan Pengerusi Biro Kebajikan Dan Dakwah KSKK PKINK, Mohd Rozi Mohd Noor.

Jelasnya lagi, Program ini cukup bermakna kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pelbagai pihak untuk bersama membantu melancarkan gerak kerja dakwah dan kebajikan yang dijalankan oleh MKD.

“Saya juga terharu dengan semangat Kumpulan PKINK dan KSKK PKINK kerana sentiasa menyokong dan bersama kami turun padang setiap kali program diadakan. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang turut menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Kerjasama daripada mereka ini begitu bermakna dan saya berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang selain turut mengharapkan lebih banyak sokongan daripada syarikat-syarikat korporat di negeri ini,” luahnya.

Pada acara kemuncak di Pos Mendrod, Lojing pula, seramai 64 keluarga beragama Islam menerima sumbangan bantuan kit makanan harian yang disampaikan oleh Pengerusi MKD, Mohd Khalik Mohd Zari dan Pengurus Besar SLSTSB, Zazali Japar selepas solat tarawih bersama penduduk muslim dan sukarelawan yang hadir.