Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK 0

Posted on 5, Julai 2017

in Category Aktiviti / Berita


KOTA BHARU 5 Julai – Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Perdana Resort di sini hari ini meriah dengan kehadiran lebih 12,000 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, sambutan tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara Kumpulan PKINK dan rakyat.

“Memang setiap tahun kita adakan sambutan hari raya tapi melihat pada sambutan tahun-tahun lalu begitu meriah jadi kita tambahkan lagi menu untuk tetamu yang hadir selain jemputan lebih meluas.

“Dengan sambutan yang begitu meriah ini, ia menunjukkan rakyat dan PKINK saling melengkapi dan tanda sokongan yang penuh pada Kumpulan PKINK,” katanya.

Wan Zawawi berkata, dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat, Kumpulan PKINK akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

“Kita juga berharap agar majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala pada masa akan datang,” katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan hari raya di sini hari ini.

Turut memeriahkan majlis, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Speaker Dewan Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Abdullah Yaakub.

Jemaah exco, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan serta Pegawai Kewangan Negeri Kelantan antara kenamaan yang turut hadir menyerikan majlis tersebut.

Wan Zawawi bersama tetamu kenamaan turut meluangkan masa melawat gerai-gerai makanan yang menghidangkan pelbagai juadah popular seperti kambing golek, satay, kebab, char kuew tiaw, ketupat, lemang, rendang, rojak buah dan laksa Siam.

Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah PKINK, Dato’ Hanifa Ahmad diiringi Wan Zawawi turut menyampaikan duit raya kepada 90 kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.

Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita  Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK/aktiviti berita