Pilih Bahasa Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

LAWATAN KERJA KEMENTERIAN KEWANGAN KE PROJEK PKINK DI BAWAH RMK – 10 0

Posted on 12, Julai 2014

in Category Aktiviti / Berita


Pada 12hb Julai 2014 (Sabtu) Satu lawatan daripada pegawai-pegawaikanan Kementerian Kewangan (MOF) Malaysia yang diketuai oleh YBrsEn.Abd Wahid Bin Ahmad, Pegawai kana SIRIM BERHAD dan konsultan projek.

Lawatan ini adalah bertujuan melihat tapak projek PKINK yang mendapat peruntukan kementerian di bawah RMK10. Antara lokasi yang dilawati ialah Pusat Pengumpulan Produk Halal di Pengkalan Chepa dan tapak Medan Ikan Bakar di kg Siti Mani, Kedai Buloh.

Semasa lawatan ke Medan IkanBakar,wakildari Kementerian Kewangan turut berkesempatan menaiki bot persiaran menyelusuri sungai Kelantan.

Melalui lawatan ini, pihak Kementerian dapat melihat dengan lebih jelas potensi  yang terdapat di negeri ini khususnya di CPPC dan MIB . PKINK  juga diberi saranan positif daripadapihak Kementerian dalam usaha PKINK melaksanakan projek berkenaan.

Lawatan diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama Ketua Eksekutif, Dr. Haji Wan Zawawi Wan Ismail.