Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya 0

Posted on 6, Mac 2018

in Category Aktiviti / Berita


LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita

LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita

LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita

LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita

LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita

LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita LASAK 1.0 Platform Lahir Usahawan Berjaya/aktiviti berita

Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) komited mempelbagaikan program dan pendekatan terbaik dalam usaha menyediakan platform bagi pembangunan usahawan di negeri ini.

Penerapan ilmu keusahawanan di kalangan rakyat, khususnya golongan belia serta komuniti usahawan mikro setempat adalah salah satu inisiatif dalam Program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK). Projek rintis LASAK dikendalikan oleh PKINK dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Dewan Usahawan Kelantan (DUKE) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK) dalam memperjuangkan usaha ini.

Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Abd Rahman Yunus berkata, program ini adalah usaha bersama PKINK dan kerajaan negeri dalam menggerakkan usahawan Kelantan melalui Gerakan Usahawan Kelantan (GU KELATE).

“Kerajaan negeri komited melahirkan usahawan pelbagai bidang termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) negeri ini dengan penjenamaan semula Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan untuk memperkasakan lagi hasrat dan usaha kerajaan untuk melahirkan usahawan yang berjaya sehingga ke peringkat global.

“Menerusi program ini, PKINK akan menyusun latihan kepada 5000 usahawan mikro dalam tempoh 5 tahun meliputi aspek latihan kemahiran, bantuan perniagaan serta pemasaran atas talian.

“Ini akan membantu usahawan untuk memahami dengan lebih mudah dan jelas akan apa yang dimaksudkan dengan usahawan berjaya,” katanya ketika merasmikan Jelajah Seminar Pembangunan Usahawan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Machang di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Kanan Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan PKINK, Nik Farzimar Nik Omar, Timbalan Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa, A. Ubaidillah Alias, Pengerusi Dewan Muda DPMMNK, Wan Abdullah Hassan Wan Azmi dan Pegawai Khas kepada Exco Perindustrian Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Mohd Fariz Mat Rahim.

Siri jelajah program yang baru membuka tirai itu melibatkan seramai 200 peserta daripada Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Para peserta yang menyertai program tersebut turut diberi pendedahan serta perkongsian mengenai panduan menjadi usahawan berjaya berteraskan Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI), asas dan peraturan perniagaan dan asas perniagaan atas talian.

Sementara itu, Nik Farzimar Nik Omar berkata, siri jelajah program yang melibatkan empat siri itu bertujuan untuk mendapatkan 1000 calon pemohon usahawan baharu yang ingin dilatih dengan kemahiran berniaga.

“Peserta yang terpilih untuk mengikuti latihan khas ini akan diajar kemahiran asas perniagaan sehingga mampu membuat pemasaran atas talian.

“PKINK komited untuk memberi bantuan peralatan asas bagi peserta yang layak memulakan perniagaan atau mahu meneruskan kelangsungan perniagaan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nik Farzimar menyatakan siri jelajah seterusnya akan diadakan pada 13 Mac di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV dan 19 Mac pula bertempat di Pantai Irama, Bachok serta destinasi terakhir di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Tanah Merah pada 9 April nanti.

Baginya inisiatif baharu ini dapat menarik minat usahawan muda, seterusnya bersaing secara sihat untuk memohon mendapatkan bantuan daripada PKINK kelak.

“Secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri dan PKINK dalam membawa imej ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Beliau turut berkata, orang ramai yang ingin menyertai siri jelajah itu boleh menghubungi Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa PKINK di talian 09-7414134/ 09-7414194.