Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Kursus Urutan Batu Tungku LASAK 2.19 0

Posted on 23, Disember 2018

in Category Aktiviti / Berita


Kursus Urutan Batu Tungku LASAK 2.19/aktiviti berita Kursus Urutan Batu Tungku LASAK 2.19/aktiviti berita

Kursus Urutan Batu Tungku LASAK 2.19/aktiviti berita Kursus Urutan Batu Tungku LASAK 2.19/aktiviti berita

Kursus Urutan Batu Tungku LASAK 2.19/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa telah menganjurkan Kursus Urutan Batu Tungku pada 22 Disember 2018, (Sabtu) bertempat di Ridel Hotel Tingkat 3.

Kursus ini bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi oleh para peserta dan diteruskan lagi dengan ucapan pembukaan alu-aluan oleh Puan Asmahan selaku tenaga pengajar dan sepatah dua kata daripada pihak penganjur, Puan Noorha Mohd Zain wakil daripada pihak PKINK.

Kursus ini adalah kesinambungan daripada Kursus Terapi Resdung yang diadakan pada 15 Disember 2018, di mana dikendalikan sepenuhnya oleh pengasas produk G-HA COLLOCALIA SDN BHD, Puan Asmahan Humaidi.

Kursus ini secara umumnya bertujuan untuk memberi kefahaman serta pendedahan kepada peserta mengenai cara urutan dan memberi perkhidmatan dengan kaedah yang betul dan berketrampilan. Kursus ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang diberi secara percuma kepada 30 orang peserta LASAK. Antara kandungan kursus ini ialah cara bertungku dan urutan, demo urutan, latihan praktikal, pengenalan diri melalui tarikh lahir dan sebagainya.

Pihak Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa PKINK mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang memberi komitmen sepanjang kursus berlangsung. Kursus Urutan Batu Tungku ini adalah merupakan kursus LASAK yang terakhir pada tahun 2018. Segala maklumat mengenai kursus, akan sentiasa diwar-warkan di FB KALA PKINK.

Turut hadir bersama adalah pihak urussetia, Encik Nik Ayub Nik Him dan Puan Noorha Md Zain. Program berjalan dengan baik dan mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta.

Dengan berakhir kursus LASAK 2.19 ini maka berakhirlah siri-siri kursus Latihan Keusahawan Khas bagi tahun 2018. Pihak pengurusan PKINK dan pasukan Bahagian Usahawan PKINK sedang merancang program yang lebih baik pada tahun 2019. Kami mohon agar warga netizen mendoakan kejayaan dan kebaikan atas usaha ini. Insya Allah.

Bagi yang berminat untuk mengetahui kursus kemahiran bagi tahun 2019, tekan like dan follow FB Page kami. Set “See First”. Semoga anda tidak ketinggalan.