Pilih Bahasa Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Kursus Terapi Resdung 2.18 0

Posted on 16, Disember 2018

in Category Aktiviti / Berita


Kursus Terapi Resdung 2.18/aktiviti berita

Kursus Terapi Resdung 2.18/aktiviti berita

Kursus Terapi Resdung 2.18/aktiviti berita Kursus Terapi Resdung 2.18/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa telah menganjurkan Kursus Terapi Resdung pada 15 Disember 2018 (Sabtu) bertempat di Dewan DPMMNK, Wakaf Siku.

Program ini bermula dengan sesi pendaftaran bagi para peserta, dan diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan pembukaan oleh Penolong Pengurus Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa PKINK, Puan Murshidah Binti Idris.

Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Asmahan Binti Humaidi selaku Pemilik Produk Kecantikan (Holistic Wellness & Mobile Therapy) – G-HA COLLOCALIA SDN BHD di mana produknya telah pun menembusi pasaran antarabangsa dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan khususnya melibatan rawatan penjagaan resdung.

Kursus ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang diberi secara percuma kepada 30 orang peserta LASAK. Antara kandungan kursus ini ialah Potensi dan HalaTuju Perniagaan Mobile Therapy di Malaysia, Kenali Peralatan, Pembelajaran melalui demo yang dijalankan, Latihan Praktikal dan banyak lagi.

Apa yang menarik kursus ini turut disertai oleh usahawan yang sudah memiliki kedai dan mahu menambahkan lagi servis kepada pelanggan mereka dalam rawatan resdung. Malah ada juga penyertaan dari doktor perubatan yang bekerja di Kuala Lumpur, namun mengambil peluang menyertai sempena pulang bercuti di Kelantan.

Pihak Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa PKINK mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. Kursus Urutan Batu Tungku dengan kerjasama bersama Puan Asmahan Binti Humaidi sekali lagi akan diadakan pada 22 Disember 2018 bertempat di Tunjung Banquet. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, dan segala maklumat mengenai kursus akan diwar-warkan di FB KALA PKINK.

Turut hadir bersama adalah pihak urusetia, Encik Nik Ayub Nik Him dan Puan Noorha Md Zain. Program berjalan dengan baik dan mendapat maklumbalas yang baik daripada peserta.