Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

KURSUS RAWATAN KULIT MUKA MENJADI PILIHAN PARA IBU 0

Posted on 7, Ogos 2018

in Category Aktiviti / Berita


KURSUS RAWATAN KULIT MUKA MENJADI PILIHAN PARA IBU/aktiviti berita KURSUS RAWATAN KULIT MUKA MENJADI PILIHAN PARA IBU/aktiviti berita

KURSUS RAWATAN KULIT MUKA MENJADI PILIHAN PARA IBU/aktiviti berita KURSUS RAWATAN KULIT MUKA MENJADI PILIHAN PARA IBU/aktiviti berita

KURSUS RAWATAN KULIT MUKA MENJADI PILIHAN PARA IBU/aktiviti berita

6hb Julai 2018, PKINK sekali lagi melalui Bahagian Pembangunan Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa telah berjaya melaksanakan kursus Rawatan Muka (facial) yang merupakan salah satu siri dalam Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) PKINK. Program dianjurkan di Kolej Komuniti Kok Lanas. Ternyata kali ini peserta yang hadir majoriti adalah kaum ibu.

Kursus ini dikendalikan oleh pensyarah Kolej iaitu Nurhazirah dan dibantu oleh tiga orang fasilitator. Peserta yang berjaya mendaftarkan diri adalah seramai 20 orang. Semua peserta yang hadir telah mengikuti kelas teori dan amali. Program ini adalah sepenuhnya percuma, peserta bertuah bukan sahaja mendapat ilmu kemahiran malah juga dapat membina networking dengan pensyarah dan juga perawat lain dalam industri kecantikan.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Usahawan PKINK iaitu En A. Ubaidillah bin Alias, penerangan berkisar siri-siri LASAK yang telah dijalankan oleh PKINK sepanjang tahun 2018. Kemudian peserta yang hadir diberikan ruang untuk saling berkenalan dan seterusnya mengikuti kelas sehari suntuk.

Peserta yang berjaya mengikuti kelas penuh akan mendapat sijil yang akan diberikan oleh pihak PKINK. Kepada netizen yang berminat untuk menyertai siri-siri Kursus Kemahiran dibawah PKINK, bolehlah sertai kami dengan follow dan like FB PAGE KALA PKINK. Juga sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline kami di talian 09-7414194.