Pilih Bahasa Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Kursus Pembubaran Syarikat dan Kemahiran Komunikasi PROTUNE 2019 0

Posted on 11, Julai 2019

in Category Aktiviti / Berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan(JPN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan Kursus Pembubaran Syarikat dan Kemahiran Komunikasi Protune 2019. Kursus ini telah diadakan pada 7 -10 Julai 2019 (Ahad-Rabu) bertempat di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan.

Kursus ini merupakan modul yang digabung mengikut modul standard yang digunapakai oleh semua PKEN di seluruh negara. Kursus kalini melibatkan 33 buah sekolah iaitu 17 buah sekolah di selian JPN dan 16 sekolah YIK. Seramai 60 orang guru pembimbing dan 165 orang pelajar.

Kursus Pembubaran Syarikat dan Kemahiran Komunikasi PROTUNE 2019/aktiviti berita

Kursus Pembubaran Syarikat dan Kemahiran Komunikasi PROTUNE 2019/aktiviti berita

Bahagian Usahawan telah melantik En Mohd Syafiq Fadeli dari syarikat Protalk Success Training Consultant bagi mengisi slot di hari pertama program dengan tajuk “MASSIVE Impact Business Motivation”. Antara intipatinya ialah:

• Mengajar peserta tengang pebezaan impian dan matlamat dan bagaimana mengecapi “the ultimate success”.
• Peserta juga diajar bagaimana untuk mencungkil dan mengeluarkan potensi sebenar yang ada dalam diri manusia “The Sleeping Giant”
• Teknik membina jambatan antara dirinyan dengan kejayaan dan kebahagian “Bridging Towards Ultimate Success”.

Kursus Pembubaran Syarikat dan Kemahiran Komunikasi PROTUNE 2019/aktiviti berita

Kursus Pembubaran Syarikat dan Kemahiran Komunikasi PROTUNE 2019/aktiviti berita

Bagi mengisi slot seterusnya, En Mohd Arrifin bin Ibrahim dari syarikat Idola Global Academy telah dilantik sebagai penceramah berkenaan modul pembubaran syarikat. Peserta diajar berkenaan
• Proses pembubaran syarikat dan sebelum pembubaran.
• Langkah-langkah selepas pembubaran syarikat
• Format laporan tahunan syarikat
• Contoh kewangan dan pengiraan dividen
• Tips berkesan pembentangan laporan tahunan dan
• Skema pemarkahan

Kursus Pembubaran Syarikat dan Kemahiran Komunikasi PROTUNE 2019/aktiviti berita

Kursus Pembubaran Syarikat dan Kemahiran Komunikasi PROTUNE 2019/aktiviti berita

Kursus Pembubaran Syarikat dan Kemahiran Komunikasi PROTUNE 2019/aktiviti berita

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa Puan Nur Murshidah Idris kepada 6 buah sekolah terbaik yang dipilih membuat pembentangan laporan tahunan syarikat Protune 2019.