Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Kursus Pemasaran FB ADS Untuk Usahawan Muda 0

Posted on 7, Ogos 2018

in Category Aktiviti / Berita


Kursus Pemasaran FB ADS Untuk Usahawan Muda/aktiviti berita  Kursus Pemasaran FB ADS Untuk Usahawan Muda/aktiviti berita

Kursus Pemasaran FB ADS Untuk Usahawan Muda/aktiviti berita  Kursus Pemasaran FB ADS Untuk Usahawan Muda/aktiviti berita

Kursus Pemasaran FB ADS Untuk Usahawan Muda/aktiviti berita

7hb Julai 2018, ICT Incubator Center Sdn Bhd (IICSB) di UTC Kelantan. PKINK melalui Bahagian Pembangunan Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa telah melaksanakan kursus Pemasaran FB Ads yang merupakan salah satu siri dalam Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) PKINK. Peserta yang hadir kali ini adalah lelaki dan wanita dari pelbagai bidang perniagaan.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Usahawan PKINK iaitu En A. Ubaidillah bin Alias, penerangan berkisar siri-siri LASAK yang telah dijalankan oleh PKINK sepanjang tahun 2018. Kemudian En Azirin selaku Pengurus Besar IICSB turut memberikan ucapan aluan dan memperkenalkan beberapa produk IICSB kepada peserta.

Kursus ini seterusnya dikendalikan oleh Puan Nur Rashidah Abdul Rahim, yang merupakan pemilik syarikat digital market lab atau webnya digitalmarketlab.com. Peserta diajar untuk membuat website agar lebih mudah untuk faham penggunaan pixel, tracking audience, retargeting customer menggunakan custom audience dan fb analytics. Bengkel pada hari itu dibantu oleh tiga orang fasilitator. Peserta yang berjaya mendaftarkan diri adalah seramai 30 orang.

Peserta yang berjaya mengikuti kelas penuh mendapat sijil yang akan diberikan oleh pihak PKINK. Kepada netizen yang berminat untuk menyertai siri-siri Kursus Kemahiran dibawah PKINK, bolehlah sertai kami dengan follow dan like FB PAGE KALA PKINK. Juga sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline kami di talian 09-7414194.