Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Kursus Pemasaran FB ADS Siri 2 Dapat Sambutan Hangat – Semua Seat Penuh 0

Posted on 7, Ogos 2018

in Category Aktiviti / Berita

Kursus Pemasaran FB ADS Siri 2 Dapat Sambutan Hangat   Semua Seat Penuh/aktiviti berita  Kursus Pemasaran FB ADS Siri 2 Dapat Sambutan Hangat   Semua Seat Penuh/aktiviti berita

21 Julai 2018, (Sabtu) bertempat di ICT Incubator Centre Sdn Bhd, UTC Kelantan. PKINK melalui Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa telah mengadakan Kelas Pemasaran FB Ads Siri ke- 2 bagi tahun 2018. Ini merupakan salah satu program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dengan kerjsama anak syarikat PKINK Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd.

Kursus Pemasaran FB Ads ini paling mendapat sambutan ramai warga Negeri Kelantan . Bagi siri kedua ini seramai 34 orang peserta telah terpilih untuk menyertai kelas tersebut. Kursus ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengurus Bahagian Usahawan PKINK iaitu En A.Ubaidillah Alias dan diteruskan dengan ucapan Pengurus Kelantan Ict Gateway iaitu En Riduan Sidek.

Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan iaitu En Wan Muhd Ali dari syarikat Countless World Sdn Bhd. Turut hadir bersama beliau dua orang pembantu dan fasi kursus. Peserta diajar asas menggunakan FB ADS. Kebanyakan peserta yang hadir pada kursus ini telah mempunyai produk atau perniagaan sendiri. Diakhir sesi peserta dibekalkan sijil penyertaan yang disediakan oleh pihak PKINK.