Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

KURSUS ASAS FERTIGASI MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT 0

Posted on 7, Ogos 2018

in Category Aktiviti / Berita


KURSUS ASAS FERTIGASI MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT/aktiviti berita  KURSUS ASAS FERTIGASI MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT/aktiviti berita

KURSUS ASAS FERTIGASI MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT/aktiviti berita  KURSUS ASAS FERTIGASI MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT/aktiviti berita

KURSUS ASAS FERTIGASI MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah berjaya melaksanakan Kursus Asas Fertigasi kepada 30 orang peserta bertuah. Kursus ini dianjurkan pada 30hb Jun 2018 (Sabtu). Kursus ini berlangsung di Perpustakaan Muhammad AL-Fateh, Labok, Machang Kelantan.

Kursus ini dibuka pendaftaran melalui FB KALA PKINK pada dua minggu lalu. Peserta membuat panggilan menerusi nombor yang disediakan. Hanya mengambil masa selama 4 jam sahaja, semua tempat duduk telah ditempah penuh.

Program ini diselaraskan bersama oleh pihak KPKB iaitu Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad yang merupakan salah satu anak syarikat kumpulan PKINK. En Mohd Hasni bin Mat Yusoff adalah antara wakil KPKB yang terlibat dalam melancarkan program ini.

Dengan promosi dalam masa yang singkat, PKINK berjaya menerima peserta dari seluruh negeri Kelantan, ada peserta dari Bachok, Jerteh, Machang, Kota Bharu dan lain-lain lagi. Speaker yang terlibat adalah seramai 3 orang daripada Al-Hikmah Consultant diketuai oleh En Syahirul Khalis Mohamad, dibantu oleh En Fatah dan Fadhil.

Kursus ini turut disempurnakan dengan kehadiran Puan Hajjah Nik Farzimar bte Nik Omar iaitu Pengurus Kanan Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan PKINK bagi menyempurnakan majlis penutup dan penyerahan sijil kepada peserta.

Masih banyak lagi kursus yang bakal dianjurkan oleh PKINK dalam minggu yang akan datang. Peserta yang berminat dengan kursus yang ditawarkan perlu “Follow” dan set kan “See First” untuk mendapat maklumat terkini.

Kursus seterusnya adalah kursus FB Ads yang akan dianjurkan oleh PKINK, bertempat di IICSB, UTC Kelantan pada 7hb Julai 2018. Tempat duduk telahpun penuh ditempah sepenuhnya.