Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Kunjungan hormat KEKWA Ke Atas Datin Penaung 0

Posted on 11, Julai 2017

in Category Aktiviti / Berita


MACHANG, 10 Julai 2017- Kelab Wanita dan Kebajikan (KEKWA) Kumpulan PKINK mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Datin Robiah Omar, isteri YABhg Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK merangkap Penaung KEKWA di kediamannya di Kampung Labok, Machang.

Rombongan KEKWA diketuai Pengerusinya, Saniah Omar. Turut hadir, Pengurus Kanan Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa, Nik Farzimar Nik Omar, Pengurus Besar Wanita Syarikat Kumpulan dan ahli-ahli KEKWA.

Kunjungan hormat tersebut diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H selain untuk mengeratkan silaturrahim di antara ahli dan Penaung KEKWA. Rata-rata tetamu yang datang berasa teruja dengan pelbagai juadah yang disediakan mengikut kreativiti YBhg Datin sendiri dan keluarga.

Di akhir kunjungan YBhg Datin tidak lupa untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat sepenuhnya serta ahli-ahli yang menghadirkan diri ke majlis tersebut. YBhg Datin akan berusaha memberikan komitmen dan sokongan sepenuhnya dalam menambahbaik setiap kegiatan dan aktiviti yang dianjurkan oleh KEKWA pada masa-masa akan datang.

Kunjungan hormat KEKWA Ke Atas Datin Penaung/aktiviti berita Kunjungan hormat KEKWA Ke Atas Datin Penaung/aktiviti berita Kunjungan hormat KEKWA Ke Atas Datin Penaung/aktiviti berita Kunjungan hormat KEKWA Ke Atas Datin Penaung/aktiviti berita Kunjungan hormat KEKWA Ke Atas Datin Penaung/aktiviti berita Kunjungan hormat KEKWA Ke Atas Datin Penaung/aktiviti berita