Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Kumpulan PKINK GLC Terunggul Kerajaan Negeri 0

Posted on 9, November 2017

in Category Aktiviti / Berita


 Kumpulan PKINK GLC Terunggul Kerajaan Negeri/aktiviti berita Kumpulan PKINK GLC Terunggul Kerajaan Negeri/aktiviti berita Kumpulan PKINK GLC Terunggul Kerajaan Negeri/aktiviti berita Kumpulan PKINK GLC Terunggul Kerajaan Negeri/aktiviti berita Kumpulan PKINK GLC Terunggul Kerajaan Negeri/aktiviti berita Kumpulan PKINK GLC Terunggul Kerajaan Negeri/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menunjukkan dayasaing dan dayamaju yang tinggi sekaligus membuktikan keunggulan GLC Kerajaan Negeri, kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob.

Menurut Ahmad Yakob, syarikat anak kumpulan PKINK dan anggota telah menunjukkan prestasi yang cemerlang kerana secara tidak langsung kumpulan PKINK ini merupakan aset modal insan yang mengetengahkan imej kerajaan negeri.

Selain itu, Kumpulan PKINK juga mampu mengetengahkan hasrat kerajaan negeri dengan menghasilkan begitu banyak penambahan hasil dalam perbendaharaan negeri dengan cara yang betul, efektif dan beretika.

”saya berharap agar Kumpulan PKINK dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan, meningkatkan kecekapan pengurusan serta melaksanakan amanah rakyat Kelantan dengan jayanya dalam membangunkan ekonomi negeri.

”Saya juga berkeyakinan dengan adanya anggota-anggota yang cemerlang ini, kita dapat memajukan lagi Kumpulan PKINK terutama dalam semua sektor utama seperti Perladangan, Hartanah dan juga sektor Perkhidmatan yang telah menjana pulangan yang besar kepada Kumpulan PKINK,” tambah beliau ketika berucap di majlis Anugerah Penarafan Bintang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Khidmat Lama Kumpulan PKINK 2016 di sini, semalam.

Beliau juga menaruh harapan tinggi agar syarikat-syarikat anak dalam kumpulan PKINK terus menjayakan visi dan misi kerajaan negeri termasuklah menjana keuntungan yang lebih baik serta menyediakan peluang kerjaya kepada rakyat negeri ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, Penganugerahan ini merupakan suatu galakan dan motivasi kepada syarikat-syarikat kumpulan untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan cemerlang, serta menjadi contoh dan perangsang kepada syarikat-syarikat lain.

“kita juga menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada anggota-anggota bukan sahaja di Perbadanan malah di syarikat anak yang mana telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan bermutu serta penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya bagi tahun 2016,” katanya.

Tiga syarikat anak yang dianugerahkan Penarafan Bintang ialah Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) mendapat penarafan 5 bintang, Permodalan Kelantan Berhad (PKB) 4 bintang dan Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) 3 bintang.

Kesemua penerima penarafan bintang masing-masing menerima wang tunai RM5000, RM3000 dan RM2000 beserta sijil dan plak penghargaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Faudzi Che Mamat dan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Dato’ Nik Kazim Nik Yusoff.

Pada majlis itu, 11 anggota PKINK dan 23 anggota anak syarikat turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 4 anggota PKINK menerima Anugerah Khidmat Lama.