Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

KPE Ziarah Mangsa Kebakaran 0

Posted on 6, Februari 2018

in Category Aktiviti / Berita


KPE Ziarah Mangsa Kebakaran/aktiviti berita  KPE Ziarah Mangsa Kebakaran/aktiviti berita

KPE Ziarah Mangsa Kebakaran/aktiviti berita  KPE Ziarah Mangsa Kebakaran/aktiviti berita

KPE Ziarah Mangsa Kebakaran/aktiviti berita

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail hari ini meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran di Lundang di sini.

Dalam lawatan tersebut, Dr Wan Zawawi meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dengan mangsa di samping melihat tapak rumah yang ranap itu.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada hasil kutipan anggota PKINK, SPP Development, UB Consult, tabung bencana Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dan tabung bencana Koperasi PKINK kepada Md Azhari Abd Rahman.

Azhari yang merupakan anggota Pusat Perubatan An-Nisa’ redha diatas kehilangan rumah dan harta bendanya yang musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 2 petang, semalam.

PKINK juga akan menyumbangkan komputer riba untuk keperluan anak sulungnya yang sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian selain keperluan persekolahan anaknya yang lain.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Yang DiPertua KSKK PKINK, Nor Azuwan Saleh, Penolong Pengurus Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Muhammad Syafiq Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan KSKK PKINK, Mohd Rozi Mohd Noor dan Pengurus Pusat Perubatan An-Nisa’, Atira Ludin.