Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Konsep UMI Mantapkan Jati Diri Anggota Baru PKINK 0

Posted on 11, April 2018

in Category Aktiviti / Berita

Konsep UMI Mantapkan Jati Diri Anggota Baru PKINK/aktiviti berita  Konsep UMI Mantapkan Jati Diri Anggota Baru PKINK/aktiviti berita

Dengan tema Merakyatkan Membangun Bersama Islam, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kursus Induksi dan Membangun Bersama Islam Dalam Profesionalisme Anggota Kumpulan PKINK.

Program yang melibatkan seramai 44 orang peserta itu antara lain bertujuan sebagai kefahaman dan pengukuhan jati diri anggota PKINK kepada teras Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) sebagai tonggak pentadbiran Merakyatkan Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan.

Kursus yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Perdana Resort, PCB tersebut telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YBrs Hj. Abdul Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan PKINK.

Dalam ucapan perasmian penutup beliau menegaskan tentang peri pentingnya pemahaman anggota terhadap teras UMI tersebut.

“Anggota PKINK yang benar-benar menjiwai konsep dan teras UMI dalam diri masing-masing akan menjadi anggota yang berdedikasi dan dengan teras tersebut InsyaAllah PKINK akan dapat bergerak lebih maju ke hadapan”.

Turut sama hadir ke perasmian penutup Kursus Induksi dan Membangun Bersama Islam Dalam Profesionalisme Anggota Kumpulan PKINK kali ini adalah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan dan Pengurus Kanan serta Pengurus Bahagian Kumpulan PKINK.