Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Terima Kunjungan Hormat 0

Posted on 7, Februari 2018

in Category Aktiviti / Berita

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Terima Kunjungan Hormat/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Terima Kunjungan Hormat/aktiviti berita

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Bahagian Pengembangan Dan Pembangunan (BPP) Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Kunjungan yang dihadiri oleh Pengarah BPP LGM, Tuan Hj Tuan Mohamad Bin Tuan Muda antara lain bertujuan membincangkan mengenai tanah yang terletak di Mukim Renok, Jajahan Gua Musang, Kelantan.

Turut sama dalam pertemuan selama satu jam yang berlangsung di Tingkat 11, Bangunan PKINK adalah Tuan Haji Mazli Zakuan Mohd Noor, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) PKINK, Pengurus Kanan Perancangan Korporat.

Terdahulu, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail turut menerima kunjungan hormat delegasi Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di pejabat beliau. Delegasi KTD yang diketuai oleh Tn. Hj Mohd Sabri Bin Abdullah (Ahli Lembaga Pengelola) bertujuan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman mengenai pembangunan modal insan dalam sektor pendidikan yang berhubung kait dengan PKINK.

Turut hadir bersama delegasi tersebut, Tn. Hj Mohd Noor Bin Hussin (Ketua Eksekutif) dan Dr. Asry Bin Yusoff (Timbalan Ketua Eksekutif 1).