Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat YARM Negeri Kelantan 0

Posted on 4, September 2018

in Category Aktiviti / Berita

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat YARM Negeri Kelantan/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat YARM Negeri Kelantan/aktiviti berita

KOTA BHARU, 4 Sept – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa Utama Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Negeri Kelantan di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Bangunan PKINK di sini, hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi YARM Kelantan, Mohd Nizam Ismail itu adalah bertujuan bagi mengadakan kerjasama antara PKINK dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia dalam memupuk kesedaran berintegriti secara holistik di kalangan pegawai dan anggota Kumpulan PKINK.

Pada pertemuan itu juga, kedua-dua pihak berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai kesedaran sivik secara positif yang mengandungi nilai-nilai murni kepada setiap lapisan penjawat awam sebagai sistem kawalan dalaman pencegahan perlakuan rasuah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan, Ahlaami Ab Halim, Timbalan Pengerusi YARM Kelantan, Dato’ Ibrahim Hussin dan Setiausaha YARM Kelantan, Nik Nor Shafini Mohd Noor.