Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri 0

Posted on 25, Oktober 2018

in Category Aktiviti / Berita


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri/aktiviti berita

KOTA BHARU 24 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada gabungan 3 agensi negeri Kelantan di Bilik Gerakan Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, semalam.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), Dato’ Dr Johari Mat itu adalah bertujuan untuk melaksanakan penghayatan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) kepada penjawat awam di agensi-agensi kerajaan negeri.

Pada pertemuan itu juga, gabungan 3 agensi yang terdiri daripada Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) dan Yayasan Tabung Tok Kenali (YATOK) bercadang untuk bekerjasama dengan PKINK, khususnya dalam perlaksanaan kursus berkonsepkan UMI. Perbincangan antara lain turut menyentuh isu-isu berkaitan kod etika MBI dan fleksibiliti jadual kursus.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan, Mohamad Nasriff Daud, Pengarah ILPK, Dr Yaakob Yusof dan Wakil YATOK, Mohd Nuri Yacob.