Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Kerajaan Negeri Terima Royalti Emas 0

Posted on 1, Mac 2018

in Category Aktiviti / Berita

Kerajaan Negeri Terima Royalti Emas/aktiviti berita Kerajaan Negeri Terima Royalti Emas/aktiviti berita

Sebagaimana yang diketahui umum sebelum ini, Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan sumber mineral antaranya emas, bijih besi, feldspar, batu marmar, granite dan barit.

Perlombongan emas berskala besar yang dilaksanakan PKINK dengan usahasama CNMC Mining Sdn Bhd sejak 2007 merupakan antara hasil pendapatan utama kerajaan negeri melalui bayaran royalti memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah setiap tahun.

Kini, Kerajaan negeri memperkenalkan kaedah pungutan baharu royalti emas dengan menetapkan 2 peratus daripada 10 peratus bayaran royalti dibuat dalam bentuk jongkong emas.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, kaedah itu dilaksana bermula tahun lepas.

Katanya, kerajaan negeri menjangka sekurang-kurangnya 10 kilogram jongkong emas boleh disimpan setiap tahun.

“Ia akan menjadi sebanyak 50 kilogram rizab simpanan emas untuk tempoh lima tahun,” katanya pada majlis penyerahan royalti jongkong emas kepada kerajaan negeri di Hotel Perdana semalam.

Majlis itu disempurnakan Pemangku Raja Kelantan dan turut hadir Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Abdullah Ya’kub.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat, Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Nazran Muhamad, Mufti Kelantan, Dato’ Muhd Shukri Muhammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.