Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun 0

Posted on 10, April 2018

in Category Aktiviti / Berita


Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun/aktiviti berita  Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun/aktiviti berita

Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun/aktiviti berita  Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun/aktiviti berita

Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun/aktiviti berita  Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun/aktiviti berita

Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun/aktiviti berita  Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun/aktiviti berita

Kelantan Simpan 10 Kilogram Emas Setahun/aktiviti berita

Bagi rakyat Kelantan khususnya golongan yang berusia, kebanyakan mengetahui bahawa perut bumi belantara di negeri ini terutamanya dalam kawasan Hutan Sokor dekat sini tersimpan sumber alam yang tinggi nilainya bahkan ia dikatakan antara gred yang terbaik di negara ini.

Usaha untuk mengeluarkan emas terutama jenis aluvial di kawasan Hutan Sokor dikatakan bermula sejak ratusan tahun lalu, malah ia turut melibatkan pedagang-pedagang dari China.

Dan hari ini, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sekali lagi menjana pendapatan negeri melalui kerja carigali dan perlombongan hasil bumi terutamanya emas yang terdapat di negeri ini.

Jika sebelum ini, PKINK menjalankan usahasama melombong emas dengan CNMC Mining Sdn Bhd. Kini, rangkaian usahasama di perluaskan melalui syarikat kumpulannya, Kelstone Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Prima Warisan Venture Sdn Bhd menjalankan kerja carigali emas di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, sehingga kini kerajaan negeri telah menyimpan lima kilogram jongkong emas sejak syarat dua peratus royalti diperkenalkan tahun lalu.

“Pihak pelombong emas perlu membayar 10 peratus kepada kerajaan negeri iaitu dua peratus dalam bentuk emas tulen manakala lapan peratus melalui bayaran tunai. Hasil royalti dimasukkan ke dalam wang disatukan untuk kegunaan pengurusan dan pembangunan kerajaan.

“Logam emas adalah kalis inflasi, agama mengiktiraf emas sebagai bahan berharga dan kita sebagai orang Islam perlu memanfaatkannya dengan baik.

“Apabila kita menjalankan aktiviti perlombongan, perkara utama adalah memastikan segala urusan patuh syariah dan mengikut peraturan termasuk menggunakan kepakaran teknikal supaya mendapat hasil yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Lombong dan Kilang Pemprosesan Emas Prima Warisan Venture Sdn Bhd (PWV) di Sokor di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Kelstone Sdn Bhd, Dato’ Hanifa Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan Pengerusi PWV, Chua Peng Kian.

Ahmad berkata, Kawasan Sokor adalah “Bank Emas” bagi Kelantan, setakat ini terdapat lima syarikat melombong emas beroperasi di negeri ini.

“Pengeluaran emas di negeri ini bukan sahaja memberi pulangan kepada kerajaan, malah turut memberi peluang pekerjaan kepada rakyat dan penduduk di sekitarnya.

“Kita harap sumber galian asli ini bukan sahaja memberi sumbangan kepada sosioekonomi negeri malah pekerjaan dan kebajikan kepada rakyat.

“Kerajaan memberi pajakan selama lima tahun buat permulaan dan kita harap operasi PWV berjalan dengan baik dan sentiasa mematuhi peraturan termasuk berkaitan alam sekitar,” katanya.