warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK MENERIMA ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG AUDIT UMI 2021

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 6 Jan – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Amanat YAB Menteri Besar Kelantan untuk Penjawat Awam Tahun 2022 yang diadakan di Dewan Jamuan Utama SUK, Kota Bharu baru-baru ini.
 
Bagi tahun 2022, YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob telah menekankan 10 perkara di dalam amanat beliau untuk diambil perhatian oleh semua penjawat awam, iaitu: Keseimbangan; Keutamaan; Kolaborasi; Kebersamaan; Sebaran Maklumat; Kepedulian; Atasi Kelemahan; Penilaian; Keterbukaan; dan Integriti.
 
Di samping itu, Tuan Haji Ab Aziz mewakili Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang Pengauditan Pembudayaan Prinsip UMI tahun 2021 bersempena Majlis Amanat YAB Menteri Besar Kelantan ini. PKINK adalah antara 7 Jabatan Kerajaan Negeri Kelantan yang memperolehi Penarafan 5 Bintang.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today16
Yesterday835
This week2002
This month16076
Total568782

2022-01-19

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas