warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PENYERAHAN SURAU ISMAILI SK SULTAN ISMAIL 3

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU, 22 Nov – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menyempurnakan Penyerahan Projek Menaiktaraf Surau Ismaili, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu pada hari ini. Projek yang dilaksanakan di bawah Projek Kecil Berimpak Tinggi ‘People Centric’ ini mengambil masa selama setahun tiga bulan untuk disiapkan melalui peruntukan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud mewakili pihak PKINK dan pihak sekolah diwakili oleh YBrs. Pn Rohana binti Ibrahim, Guru Besar SK Sultan Ismail 3.

“Kerja-kerja menaiktaraf surau dan masjid merupakan kerja yang mulia serta mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT”, kata Haji Mohamad Nasriff ketika ucapan beliau.

Turut hadir Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman; Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, Pn Wan Haidar Amni binti Nik Mansor; Penolong Kanan Pentadbiran SK Sultan Ismail 3, En Wan Hasanul Rahman bin Wan Mohd Ghazali; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sultan Ismail 3, Cik Hjh Aida Muneerah binti Mahmud; Penolong Kanan Kokurikulum SK Sultan Ismail 3, En Karmizi bin Awang dan Pengarah Teguh Setia Consult, Hj F. Ir. Abrizan bin Abdul Kadir.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today629
Yesterday922
This week1551
This month5108
Total534032

2021-12-07

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas