warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 16 Januari 2022 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menyambut kunjungan daripada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia bersama rombongan bersempena Program Jelajah Bajet 2022 di KALA Sentral, Kota Bharu pada hari ini.
 
KALA Sentral merupakan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan Kelantan yang bertujuan memasarkan produk-produk yang dihasilkan usahawan tempatan berasaskan makanan dan minuman, pakaian, kraftangan dan cenderamata secara runcit dan borong. Sejak dibuka pada 6 Disember 2021, KALA Sentral sehingga kini telah menerima hampir 2,000 orang pengunjung.
 
Pihak PKINK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz atas kesudian melawat dan meninjau jualan produk-produk usahawan tempatan Kelantan di KALA Sentral dan beramah mesra dengan usahawan serta pengunjung yang hadir pada hari ini.
 
Turut hadir YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus; Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan (MPUK), YB Hj Saiful Adli Bin Abu Bakar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Tuan Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), En Hishamuddin bin Hussein; Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Kumpulan PKINK.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 15 Januari 2022 – Sempena Program Jelajah Bajet 2022, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan hadir memeriahkan Sambutan Ulangtahun ke-5 Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.
 
Sejak pembukaan semula UTC Kelantan pada 15 Jun 2020 hingga akhir Disember 2021, seramai 404,863 pengunjung telah direkodkan. Manakala purata pengunjung bulanan pada tahun 2021 adalah seramai 16,436 pengunjung.
 
Pihak UTC Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turut meninjau pengoperasian harian dan beramah mesra dengan petugas serta pengunjung yang hadir selaras dengan peralihan Negeri Kelantan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Januari 2022 yang lalu.
 
Beliau juga berkesempatan menyampaikan bantuan musim tengkujuh kepada 15 orang penoreh getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan turut menyerahkan kelengkapan pembersihan bencana banjir kepada Skuad Sukarelawan Kementerian Kewangan Malaysia serta sesi penyerahan hadiah cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) kepada tiga orang penerima bertuah.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 12 Jan – Keberkatan merupakan elemen yang amat penting dalam perusahaan satu-satu perniagaan. Justeru, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) buat julung kalinya telah menganjurkan Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting semalam. Webinar ini menampilkan YBhg. Dato’ Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK dengan tajuk Mencari Keberkatan Dalam Perniagaan “Perniagaan Itu Sunnah”.
 
YBhg. Dato’ Dr Abdul Basit bertegas bahawa para peniaga dan usahawan harus menjauhi perkara-perkara yang haram serta syubhah dalam perniagaan agar dapat berniaga dalam keberkatan dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Program diakhiri dengan sesi cabutan bertuah kepada 10 orang peserta yang telah bersama sehingga akhir acara. Webinar ini turut disiarkan secara langsung melalui laman rasmi Facebook PKINK.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 11 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK bagi meraikan persaraan dan menghargai jasa Encik Mohd Rozi bin Mohd Noor dan Puan Noorha binti Mohd Zain pada hari ini. Majlis yang diatur secara ringkas ini diharapkan dapat dijadikan sebagai satu-satunya tanda kenangan terindah buat mereka.

Semenjak tahun 1982, Encik Mohd Rozi telah menabur bakti di PKINK selama 39 tahun sehingga bersara wajib pada 6 Januari 2022. Manakala, Puan Noorha telah memberikan khidmat selama 38 tahun semenjak tahun 1983 dan bersara pilihan pada 1 Februari 2022. Cenderahati persaraan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus. Perbadanan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perkhidmatan cemerlang beliau di PKINK.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Encik Hishamuddin bin Hussein; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Encik Ahmad Nazri Bin Haji Ismail dan seluruh Pengurusan Kumpulan PKINK.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 9 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK bagi Tahun 2022 di Bilik Operasi, Tingkat 10, Bangunan PKINK pada hari ini. Majlis ini melibatkan seluruh anggota Pengurusan PKINK dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak PKINK.
 
Dalam ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tn Haji Ab Aziz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kejayaan PKINK memperolehi Penarafan 5 Bintang Pengauditan Pembudayaan UMI tahun 2021 sempena Majlis Amanat YAB Menteri Besar Kelantan Kepada Penjawat Awam Tahun 2022 di SUK pada 6 Januari 2022.
 
Tn Haji Ab Aziz turut menaruhkan harapan agar prestasi dan pencapaian Kumpulan PKINK pada tahun 2022 bertambah lagi baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Turut hadir, YBrs Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (Hal Ehwal Korporat), En Hishamuddin bin Hussein; Pengurusan PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today834
Yesterday1151
This week1985
This month16059
Total568765

2022-01-18

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas