Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

D’Perdana Telipot Buka Galeri Jualan 0

Posted on 28, November 2017

in Category Aktiviti / Berita


D’Perdana Telipot Buka Galeri Jualan/aktiviti berita D’Perdana Telipot Buka Galeri Jualan/aktiviti berita D’Perdana Telipot Buka Galeri Jualan/aktiviti berita

D’Perdana Telipot Buka Galeri Jualan/aktiviti berita D’Perdana Telipot Buka Galeri Jualan/aktiviti berita D’Perdana Telipot Buka Galeri Jualan/aktiviti berita

KOTA BHARU 27 Dis: Apartmen D’Perdana Telipot, projek ikonik baharu negeri Kelantan melancarkan galeri jualan, hari ini.

Pembukaan galeri jualan yang menjadi satu lagi pencapaian baharu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) itu dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.

Apartmen D’Perdana Telipot adalah projek pembangunan usahasama PKINK, Jalur Saujana Sdn Bhd dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail, berkata galeri yang dibuka kepada orang ramai setiap hari ahad hingga khamis bermula jam 9:00 pagi hingga 5:30 petang itu akan menjadi galeri utama untuk pameran dan jualan projek Apartmen D’Perdana Telipot yang bernilai RM158 juta.

Peluang orang ramai lihat rekaan hartanah terkini

Katanya, galeri yang lengkap dengan pelbagai kemudahan itu, antaranya akan menempatkan ruang pameran untuk projek hartanah berimpak tinggi membabitkan pembangunan bertingkat yang berkeluasan hampir 2 ekar di Jalan Raja Dewa, Telipot.

“Pembukaan galeri khas Apartmen D’Perdana Telipot membolehkan orang ramai memilih serta melihat sendiri konsep serta rekaan yang diterapkan melalui projek ini,” katanya pada majlis perasmian itu di Bangunan Kicap Cap Gajah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Wakil Jalur Saujana Sdn Bhd, Dato’ Sri Ir Chong Ket Pen, Pengarah YIK, Tengku Ab Rahman Tuan Yunus dan Imam Tua Masjid Sultan Muhammad II Telipot, Ahmad Junoh.

Seni bina bercirikan Islam

Selepas berjaya membangunkan beberapa apartmen bercirikan Islam antaranya Pusat Dagangan Kelantan (KTC), projek Apartmen D’ Perdana Sri Cemerlang dan apartmen elit TROIKA Kota Bharu, PKINK kembali mendapat tonik untuk terus membangunkan projek apartmen serta menjadi pelopor dalam sektor tersebut di negeri ini.

Beliau turut berkata, pembinaan apartmen 23 tingkat itu merangkumi 568 unit rumah di aras 6 hingga 23, dengan pembahagian 140 unit rumah jenis A, 156 unit rumah jenis B, 136 unit rumah jenis C1 dan 136 unit rumah jenis C2 beserta 15 unit kedai pada aras lantai bangunan.

“Projek ini turut menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti dewan serbaguna, Sky Garden dan Rooftop Garden, taman permainan kanak-kanak, gimnasium beserta kolam renang infiniti berasingan untuk lelaki dan perempuan, apartmen ini juga berdekatan dengan Masjid Telipot dan bandar Kota Bharu,” katanya.

Wan Zawawi juga berkata, projek pembangunan baharu itu menawarkan harga yang berpatutan, sejajar dengan aspirasi negara dalam menggalakkan milikan rumah bagi kesemua rakyat.

“Ia juga mampu memacu lagi perkembangan ekonomi di Kota Bharu serta satu usaha membawa bandar Kota Bharu bertaraf antarabangsa selain mampu menarik pelabur luar untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang seterusnya dapat dimanfaatkan semua,” katanya.

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 09-7414157 (PKINK) atau 09-7511818 (Jalur Saujana Sdn Bhd).