Choose Language English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Digital City Diperkenalkan di Kelantan 0

Posted on 22, January 2019

in Category Activities / Programs


Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en  Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en  Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en  Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en  Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en  Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en  Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en  Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en  Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en  Digital City Diperkenalkan di Kelantan/activities programs en

This article only available in malay

KOTA BHARU 21 Januari : Kota Bharu menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari Internet tanpa wayar secara percuma melalui program ‘Green City dan Digital City’ melibatkan 10 kawasan di sekitar bandar Kota Bharu.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya, Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) telah membangunkan 10 pole WIFI di lokasi berbeza secara percuma. Pembinaan ini telah memakan belanja hampir RM230,000.00 yang melibatkan kos pemasangan dan yuran bulan pertama. IQSB juga turut membelanjakan hampir RM110,000.00 setahun untuk membayar kos pengurusan dan penyelenggaraan WIFI tersebut.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, perkhidmatan wifi percuma ini selaras dengan usaha kerajaan yang sedang merancang pembangunan menyeluruh di Kelantan melibatkan aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar dibawah Jawatankuasa Pemandu Pelan Induk Pembangunan Mampan bagi memenuhi misi pelan tindakan strategik ”Kelantan Melangkah ke Hadapan 2016-2025” .

Beliau berkata, kita telah mula melebarkan kemudahan khidmat WIFI sebagaimana yang telah kita janjikan dalam manifesto. Kita sudah menyediakan wifi di 45 pejabat dun dan insya Allah kita akan melebarkan kemudahan WIFI ini ke seluruh negeri Kelantan.

” PKINK dan TM turut bersetuju untuk mengadakan kerjasama ke arah merealisasikan beberapa inisiatif operasi ‘Pembangunan dan Pendigitalan’ Negeri Kelantan termasuk Meningkatkan dan meluaskan kawasan liputan Kelantan Free wifi melalui rangkaian hotspot TM – wifi@unifi yang telah tersedia lebih 400 lokasi diseluruh negeri Kelantan terutamanya di Jajahan Kota Bharu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kelantan Free Wifi dan Majlis Menandatangani Memorandum antara PKINK dan TM serta Majlis Menandatangani Perjajian Usahasama antara IQSB dan MPKB-BRI di Perkarangan Medan Ilmu, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Yang DiPertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf dan Ketua Pegawai Operasi TM, Mohd Roslan Mohd Rashidi.

Dalam perkembangan sama, turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Hasrat Untuk Bekerjasama (Memorandum Intention To Collaborate) dalam bidang Pembangunan dan Pendigitalan di Negeri Kelantan antara PKINK dan TM serta Perjanjian Usahasama antara IQSB dan MPKB-BRI.

pada sebelah pagi pula, turut diadakan Seminar Empowering Kelantan Digitalization Journey yang dirasmikan oleh Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hj. Hassan di Kelantan Trade Centre (KTC).