Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Currently Browsing : Aktiviti / Berita

3 Pegawai Terima Darjah Kebesaran 0

Posted on 11, November 2018

in Category Aktiviti / Berita

45761069_1930815450330110_255770864459448320_o

    KOTA BHARU 11 Nov- Seramai 3 orang pegawai daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) merupakan antara 602 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Pemasyhuran Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49, di Istana Balai Besar, hari ini. Dalam majlis istiadat tersebut, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, Ahmad Nazri Ismail dan Pengurus Kanan Perundangan Dan Integriti Kumpulan PKINK, Ahlaami Ab Halim dikurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K.). Timbalan Pengurus Bahagian Projek, Sumber Asli Dan Industri Kumpulan PKINK, Tuan Nazir Tuan Man pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang [&hellip

Read More

Retreat Pengurusan Kumpulan PKINK 2018 0

Posted on 11, November 2018

in Category Aktiviti / Berita

45803859_1930525030359152_8960270217271836672_o

           KUALA TERENGGANU 10 Nov : Bertempat di The Regency Waterfront Hotel, satu Program Retreat Pengurusan Kumpulan PKINK 2018 telah diadakan. Program yang bertujuan mengembeling idea dan kata sepakat ke arah mencapai matlamat menjadikan Kumpulan PKINK sebagai sebuah badan korporat yang dihormati telah disertai oleh Pengurus-pengurus Kanan dan Pengurus-pengurus PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak. Program tersebut dipimpin oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) dengan dibantu oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) PKINK telah menyaksikan pembentangan prestasi serta perancangan 5 tahun ke hadapan Syarikat Anak. Turut diatur dalam program selama tiga hari tiga malam itu [&hellip

Read More

Kumpulan PKINK Adakan Kunjungan Hormat ke PMINT 0

Posted on 9, November 2018

in Category Aktiviti / Berita

45801725_1927732620638393_3822628469485862912_n

        KUALA TERENGGANU 7 Nov : Delegasi Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini melakukan kunjungan hormat ke pejabat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Kunjungan hormat selama hampir 2 jam itu merupakan antara program yang diatur sempena Retreat Kumpulan PKINK 2018 di Kuala Terengganu. Delegasi PKINK yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman telah diberikan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti korporat Kumpulan PMINT. Di samping itu, Kumpulan PKINK juga turut sama menyampaikan taklimat aktiviti-aktiviti korporatnya. Kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pandangan mengenai agenda memacu pertumbuhan ekonomi negeri. Turut hadir, [&hellip

Read More

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat Gabungan 3 Agensi Negeri 0

Posted on 25, Oktober 2018

in Category Aktiviti / Berita

44696019_1905947492816906_5240585224743550976_n

          KOTA BHARU 24 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada gabungan 3 agensi negeri Kelantan di Bilik Gerakan Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, semalam. Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), Dato’ Dr Johari Mat itu adalah bertujuan untuk melaksanakan penghayatan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) kepada penjawat awam di agensi-agensi kerajaan negeri. Pada pertemuan itu juga, gabungan 3 agensi yang terdiri daripada Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) dan Yayasan Tabung Tok Kenali (YATOK) bercadang untuk bekerjasama dengan [&hellip

Read More

Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan 0

Posted on 21, Oktober 2018

in Category Aktiviti / Berita

44359817_1901110983300557_7188087451615756288_n

         KOTA BHARU 21 Oktober – Ambil apa sahaja bekalan makanan, pakaian dan barangan penjagaan diri mengikut keperluan masing-masing secara percuma. Itu perkhidmatan menarik ditawarkan kepada golongan asnaf dalam Projek ‘Pasar Percuma untuk Asnaf 2.0’ anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK dan Masjid As Salam Pengkalan Chepa di Perkarangan Masjid As-Salam, semalam. Program itu bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan asnaf, malah membawa keceriaan kepada mereka selain menjadi penyuntik kesedaran kepada orang ramai untuk menyumbang bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan. Seorang warga emas, Siti Bidah Daud, 66, berkata, dia perlu [&hellip

Read More

Sambutan 28 Tahun Membangun Bersama Islam 0

Posted on 20, Oktober 2018

in Category Aktiviti / Berita

44387813_1899889810089341_9117579218463490048_n

        KOTA BHARU 20 Oktober: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABrs Hj. Ab Aziz Yunus, menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan 28 Tahun Membangun Bersama Islam yang dirasmikan oleh Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) YBrs Hj. Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) YBrs Hj Mohamad Nasriff Daud

Read More

PKINK Naib Juara Pertandingan Bola Sepak 11 Sebelah 0

Posted on 14, Oktober 2018

in Category Aktiviti / Berita

44033468_1892058334205822_4818482762379952128_n

       Pasukan bola sepak PKINK telah berjaya menjadi naib juara dalam pertandingan bola sepak 11 sebelah sempena Ekspo Tani & Ekspo Hijau Negeri Kelantan 2018 yang telah berlangsung di Padang Perdana, Kota Bharu. Pasukan bola sepak PKINK di bawah bimbingan pengurusnya, Hj. Asmadi Abdul Rahman berjaya melangkah ke perlawanan akhir untuk menentang pasukan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan membawa pulang hadiah berupa dua ekor kambing. Turut hadir memberikan sokongan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABrs Hj. Ab Aziz bin Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, YBrs Hj. Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman, [&hellip

Read More

Lawatan Ketua Audit Negara 0

Posted on 10, Oktober 2018

in Category Aktiviti / Berita

43697024_1887122848032704_9156748126202101760_o

        KOTA BHARU 10 Oktober : Sempena kunjungan Ketua Audit Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad ke Kota Bharu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah merai beliau dalam majlis makan tengahari di Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh, di sini hari ini. Kunjungan beliau ke sini adalah bersempena Hari Audit Dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2018 yang berlangsung di Kota Bharu selama tiga hari bermula semalam sehingga Khamis ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Dato’ Che Isa Che Kob, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Nik Kamil [&hellip

Read More

Exit Conference Pengauditan Penyata Kewangan PKINK 0

Posted on 9, Oktober 2018

in Category Aktiviti / Berita

43489550_1885436748201314_300421542037159936_o

        KOTA BHARU 9 Oktober : Satu Exit Conference Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Dato’ Che Isa Che Kob, telah diadakan di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK, semalam. Exit Conference ini merupakan susulan bagi pengauditan penyata kewangan PKINK untuk tahun berakhir 31 Disember 2017 yang telah selesai diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman dan Pengarah Audit Negeri Kelantan, Jesmani Yusof

Read More

Pasar Berek 12 Beri Keselesaan dan Mesra OKU 0

Posted on 2, Oktober 2018

in Category Aktiviti / Berita

43018898_1876434479101541_3579674740920418304_o

          KOTA BHARU 2 Oktober : Peniaga, vendor dan penjaja di Pasar Berek 12 yang baru siap kini menarik nafas lega kerana dapat mencari rezeki dalam suasana selesa selepas berpindah daripada pasar lama berusia hampir tiga dekad. Pasar yang dibina melalui kerjasama antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB BRI) dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) itu menerusi peruntukan tahun 2016 Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Bangunan pasar tiga tingkat dilengkapi pelbagai kemudahan itu turut diklasifikasikan sebagai antara pasar moden di negeri ini dengan mempunyai dewan serbaguna serta mempunyai kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) dan ruang pembuangan [&hellip

Read More