Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Currently Browsing : Aktiviti / Berita

Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK 0

Posted on 8, Ogos 2017

in Category Aktiviti / Berita

20638115_1423595074385486_8192302350499683805_n

Perkembangan serta perubahan arus ekonomi yang pesat di peringkat global secara langsung telah menjadi cabaran dan pencetus kesedaran tentang keperluan melakukan transformasi agar Kumpulan PKINK lebih berdaya maju dan berdaya saing agar setaraf dengan badan-badan korporat lain yang lebih gah. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Korporat dan Teknologi Maklumat telah mengadakan Bengkel “Business Model Canvas” (BMC) selama tiga hari melibatkan Syarikat Anak Kumpulan bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Bengkel tersebut merangkumi perancangan perniagaan jangka panjang, pemilihan rakan utama, aktiviti utama perniagaan, proposisi nilai sumber utama, kos struktur, aliran pendapatan, kaedah hubungan dengan pelanggan, segmen pelanggan [&hellip

Read More

2 Pelajar Terima Komputer Riba 0

Posted on 6, Ogos 2017

in Category Aktiviti / Berita

20638373_1421597284585265_1886193767500725437_n

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyumbangkan komputer riba kepada dua pelajar kurang berkemampuan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail berkata, sumbangan itu tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKINK bagi memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti setempat terutama golongan asnaf. Katanya, membantu rakyat yang memerlukan satu keutamaan bagi PKINK untuk membina hubungan kemasyarakatan di antara masyarakat luar dan Kumpulan PKINK. “Dengan sumbangan komputer riba ini diharap dapat meringankan beban keluarga mereka seterusnya dapat membantu mereka berdua menghabiskan pengajian masing-masing dengan jayanya, “Selain itu, saya juga berharap ianya mampu menyuntik semangat anak-anak ini untuk memberikan yang terbaik [&hellip

Read More

PKINK Terima Kunjungan Hormat Daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 0

Posted on 2, Ogos 2017

in Category Aktiviti / Berita

1

YABhg Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK menerima kunjungan hormat Encik Amran Abdul Kadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kelantan dan rombongan sebentar tadi. Turut bersama, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Ab Rahman, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail dan Pengurus Kanan Audit Dalaman Kumpulan, Nor Azuwan Saleh. &nbsp

Read More

MB Lawat Tapak Pembinaan RMMK Badang 0

Posted on 1, Ogos 2017

in Category Aktiviti / Berita

8

KOTA BHARU 1 Ogos : Dato’ Ahmad Yakob meluangkan hampir sejam melawat tapak pembinaan Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) di Badang di sini, sebentar tadi. Menteri Besar tiba di tapak pembinaan RMMK Badang pada jam 3 petang dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail. Yang turut hadir pada sesi lawatan itu ialah Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Dato’ Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Anuar Tan Abdullah, Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Fadzli [&hellip

Read More

22 Anggota PKINK Sertai Kursus Persediaan Persaraan 0

Posted on 1, Ogos 2017

in Category Aktiviti / Berita

D

KOTA BHARU 31 Julai – Kursus yang sangat baik dan bermanfaat. Itu antara reaksi peserta Kursus Persediaan Persaraan untuk Anggota Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang telah diadakan pada 26 hingga 28 Julai yang lalu bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Kursus anjuran Unit Latihan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK itu melibatkan seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada kalangan anggota PKINK yang akan bersara dalam tempoh 5 tahun terdekat. Kursus tersebut adalah yang julung kalinya diadakan secara in house oleh PKINK itu telah disempurnakan perasmiannya oleh YABhg Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan [&hellip

Read More

Kumpulan PKINK Beri Komitmen Program Pemukiman Menteri Besar 0

Posted on 27, Julai 2017

in Category Aktiviti / Berita

b

TUMPAT 27 Julai : Program Pemukiman Menteri Besar di jajahan-jajahan di negeri ini diteruskan ke jajahan keempat melibatkan jajahan Tumpat, di sini, pagi tadi. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus memberi komitmen pada program Pemukiman Menteri Besar kali ini dengan memberi sumbangan berupa kit bekalan harian, beras dan wang tunai kepada masyarakat Siam yang disampaikan oleh Dato’ Ahmad Yakob di Wat Pikul Thong, Terbak. Selain itu, PKINK turut menyumbang 30 kit bekalan harian, 30 kampit beras dan wang tunai untuk diagihkan kepada 30 keluarga sekitar Tumpat sempena program tersebut. Dalam perkembangan sama, Dato’ Ahmad turut memberi amanat kepada pimpinan kerajaan [&hellip

Read More

SPP Development Buka Galeri Jualan 0

Posted on 20, Julai 2017

in Category Aktiviti / Berita

g

KOTA BHARU 19 Julai : SPP Development Sdn Bhd, Syarikat terkemuka milik Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), melancarkan galeri jualan projek ikonik baharu mereka iaitu Taman Perumahan Kota Jembal, hari ini. Pengurus Besar SPP Development Sdn Bhd, Wan Salmiah Jaafar , berkata galeri yang dibuka kepada orang ramai setiap hari ahad hingga khamis bermula jam 8:30 pagi hingga 5 petang itu akan menjadi galeri utama untuk projek Taman Perumahan Kota Jembal yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM90 juta. Peluang orang ramai lihat rekaan hartanah terkini Katanya, galeri yang lengkap dengan pelbagai kemudahan itu, antaranya akan menempatkan [&hellip

Read More

Kunjungan hormat KEKWA Ke Atas Datin Penaung 0

Posted on 11, Julai 2017

in Category Aktiviti / Berita

19801059_2308111709414917_4251846253183864701_o

MACHANG, 10 Julai 2017- Kelab Wanita dan Kebajikan (KEKWA) Kumpulan PKINK mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Datin Robiah Omar, isteri YABhg Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK merangkap Penaung KEKWA di kediamannya di Kampung Labok, Machang. Rombongan KEKWA diketuai Pengerusinya, Saniah Omar. Turut hadir, Pengurus Kanan Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa, Nik Farzimar Nik Omar, Pengurus Besar Wanita Syarikat Kumpulan dan ahli-ahli KEKWA. Kunjungan hormat tersebut diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H selain untuk mengeratkan silaturrahim di antara ahli dan Penaung KEKWA. Rata-rata tetamu yang datang berasa teruja dengan pelbagai juadah yang disediakan mengikut kreativiti YBhg Datin sendiri dan [&hellip

Read More

Lebih 12,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK 0

Posted on 5, Julai 2017

in Category Aktiviti / Berita

IMG_0871

KOTA BHARU 5 Julai – Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Perdana Resort di sini hari ini meriah dengan kehadiran lebih 12,000 orang. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, sambutan tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara Kumpulan PKINK dan rakyat. “Memang setiap tahun kita adakan sambutan hari raya tapi melihat pada sambutan tahun-tahun lalu begitu meriah jadi kita tambahkan lagi menu untuk tetamu yang hadir selain jemputan lebih meluas. “Dengan sambutan yang begitu meriah ini, ia menunjukkan rakyat dan PKINK saling melengkapi dan tanda sokongan yang [&hellip

Read More