Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Bilik Gerakan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK Mula Beroperasi 0

Posted on 30, November 2017

in Category Aktiviti / Berita


Bilik Gerakan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK Mula Beroperasi/aktiviti berita   Bilik Gerakan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK Mula Beroperasi/aktiviti berita

Bilik Gerakan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK Mula Beroperasi/aktiviti berita Bilik Gerakan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK Mula Beroperasi/aktiviti berita

Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah membuka Bilik Gerakan Bantuan Bekalan Banjir di Medan Usahawan berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

PKINK turut menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200,000 untuk bantuan beras dan kit makanan bagi mangsa banjir di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail, berkata pihaknya telah membuka Bilik Gerakan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK di sini sejak semalam sebagaimana tahun sebelumnya bila tiba musim tengkujuh.

Beliau berkata, melalui peruntukan awal itu, sebanyak 2,000 kampit beras dan 2,000 kit makanan dapat disalurkan kepada mangsa banjir.

“Kita akan tambah peruntukan ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan kerana tidak mahu berlaku lambakan stok makanan.

“Pihak kami menjangkakan banjir kali ini akan melalui fasa yang panjang dan bilik gerakan akan diaktifkan sepanjang musim tengkujuh,” katanya kepada pihak media ketika merasmikan Bilik Gerakan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK disini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi JawatanKuasa Induk Pengurusan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Setiausaha JawatanKuasa Induk Pengurusan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK, Ahmad Nazri Ismail dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamat.

Beliau turut berkata, Kumpulan PKINK juga bekerjasama dengan Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan selain turut mendapat kerjasama daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan juga orang ramai.

Menurut Wan Zawawi juga, semalam pihaknya sudah menghantar bantuan 600 kampit beras dan kit makanan di tujuh lokasi iaitu Semerak, Pasir Puteh; Gual Ipoh, Tanah Merah; Gual Periok, Rantau Panjang; Jelawat, Bachok; Kadok, Kota Bharu; Wakaf Bharu, Tumpat dan Pulai Chondong, Machang.

Jelasnya, semua operasi di bilik gerakan dijalankan oleh sukarelawan seramai 80 orang yang terdiri daripada anggota daripada 24 anak syarikat Kumpulan PKINK yang akan bertugas secara bergilir-gilir dan sebahagiannya telah digerakkan ke beberapa lokasi yang terjejas banjir bagi membantu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Syarikat Ladang Sungai Terah (SLST) turut membuka bilik gerakan bantuan di Gua Musang manakala DAMAI pula menumpukan edaran bantuan di Rantau Panjang dan Pasir Mas,” katanya

Bilik Gerakan Kumpulan PKINK beroperasi 24 jam sehari sepanjang musim tengkujuh. Sebarang pertanyaan dan sumbangan, boleh hubungi Ketua Penyelaras Bilik Gerakan Bantuan Bekalan Banjir Kumpulan PKINK, Mohd Roslan Mohd Zain di talian +60 13 921 7877.