Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Aplikasi KelantanPay Dibangunkan 0

Posted on 15, November 2018

in Category Aktiviti / Berita


Aplikasi KelantanPay Dibangunkan/aktiviti berita  Aplikasi KelantanPay Dibangunkan/aktiviti berita  Aplikasi KelantanPay Dibangunkan/aktiviti berita  Aplikasi KelantanPay Dibangunkan/aktiviti berita

KOTA BHARU 15 Nov : Kerajaan Kelantan melalui Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd sedang membangunkan aplikasi KelantanPay sebagai sistem pembayaran bagi memudahkan pembayaran zakat, wakaf, hasil pihak berkuasa tempatan (PBT), bil utiliti, takaful dan pinjaman pelajaran.

Pengurus Besar Kelantan ICT Gateway, Mohd Roslan Mohd Zain berkata, ia merupakan sistem khidmat pembayaran pelbagai saluran bagi orang awam.

Menurutnya, orang ramai boleh menggunakan KelantanPay sebagai platform baharu bagi sistem pembayaran secara bersepadu.

“Pembayaran boleh dibuat melalui Internet di laman sesawang KelantanPay, aplikasi Android atau iOS.

“Bukan itu sahaja, program ini turut memperkenalkan modul SMSParkir dan system Sipadu tanpa dikenakan sebarang kos pendahuluan,” katanya, selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd, Kelantan Utilities Mubaarakan Sdn Bhd dan Zen Trillion Sdn Bhd di Bilik Gerakan, Kota Darul Naim, baru-baru ini.

Majlis itu disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Turut hadir anggota-anggota Exco, Dato’ Fadzli Hassan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail, Dato’ Azami Mohd Nor dan Dr Izani Husin.

Mohd Roslan berkata, aplikasi ini akan memudahkan pembayaran secara elektronik kepada pihak yang terlibat.

Malah katanya, kaedah ini dijangka akan meningkatkan kadar kutipan hasil kerajaan negeri.

Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd merupakan Agensi Sehenti Negeri bagi pembangunan ICT Kelantan. KIGSB telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi merancang, mengurus serta memantau pelaksanaan inisiatif Kelantan State MSC Plan, Pelan Halatuju ICT Negeri dan juga perancangan dan pemantauan pembangunan industri ICT di Kelantan.