Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Anggota Kumpulan PKINK Memperkukuh Pengetahuan Dalam Pengurusan Protokol Dan Etiket Sosial 0

Posted on 10, Oktober 2017

in Category Aktiviti / Berita


Anggota Kumpulan PKINK Memperkukuh Pengetahuan Dalam Pengurusan Protokol Dan Etiket Sosial/aktiviti berita Anggota Kumpulan PKINK Memperkukuh Pengetahuan Dalam Pengurusan Protokol Dan Etiket Sosial/aktiviti berita Anggota Kumpulan PKINK Memperkukuh Pengetahuan Dalam Pengurusan Protokol Dan Etiket Sosial/aktiviti berita

Anggota Kumpulan PKINK Memperkukuh Pengetahuan Dalam Pengurusan Protokol Dan Etiket Sosial/aktiviti berita Anggota Kumpulan PKINK Memperkukuh Pengetahuan Dalam Pengurusan Protokol Dan Etiket Sosial/aktiviti berita Anggota Kumpulan PKINK Memperkukuh Pengetahuan Dalam Pengurusan Protokol Dan Etiket Sosial/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama UB Consult menganjurkan Kursus Pengurusan Protokol dan Etiket Sosial bagi meningkatkan kefahaman dalam pengurusan majlis.

Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail berkata, seramai 46 anggota Kumpulan PKINK terlibat dalam kursus itu yang juga bertujuan menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial dalam pengendalian majlis atau program rasmi.

Menurutnya, kursus ini memberikan input dan pengalaman yang berguna kepada mereka kerana Kumpulan PKINK sering mengadakan aktiviti dan majlis yang melibatkan pemimpin negeri dan pemimpin negara.

“Dengan adanya kursus ini diharapkan barisan pegawai dan anggota yang terpilih berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis rasmi yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

“Penganjuran kursus itu juga berjaya memberikan kefahaman yang jelas mengenai aspek penampilan, sahsiah diri dan komunikasi serta meningkatkan kesedaran dalam membentuk keyakinan diri,” katanya ketika berucap di sini semalam.

Kursus yang berlangsung di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan itu disampaikan oleh Penolong Perunding Latihan di Unit Penyampaian Perkhidmatan, Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara, Khairul Intan Daud.

Menurut Ahmad Nazri, elemen protokol dalam penganjuran majlis amatlah penting dalam memastikan nama Kumpulan PKINK terus terpelihara.