Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Almari Makanan PKINK Dan Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan 0

Posted on 7, Jun 2017

in Category Aktiviti / Berita


KOTA BHARU 6 Jun : Keceriaan terpancar di wajah pengunjung apabila mendapat barangan dan makanan secara percuma di Bazar Percuma anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK), di Dataran Masjid As-Salam, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail berkata, projek komuniti Bazar Percuma ini adalah kesinambungan daripada projek almari makanan dimana pihak PKINK telah menyediakan 17 rak makanan di surau dan masjid terpilih bagi membantu masyarakat kurang berkemampuan bermula Ramadan ini.

“Bazar percuma ini sebagai penyuntik kesedaran untuk menyumbang dalam kalangan anggota PKINK dan orang ramai bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

“Kita juga mahu mencontohi orang Islam di negara Barat yang bersikap terbuka dalam menyediakan barang keperluan untuk penganut agama lain dengan sekadar meletakkan sumbangan di atas meja di tepi jalan, jadi kenapa perkara sama tidak kita lakukan untuk masyarakat Islam sendiri di sini,” katanya.

Jelasnya lagi, Program ini tidak melibatkan peruntukan daripada kerajaan, sebaliknya ia merupakan hasil yang didermakan oleh anggota kumpulan PKINK dan mereka yang berkemampuan untuk menjalani kehidupan lebih baik.

“Saya juga kagum dengan semangat badan bukan kerajaan (NGO) yang turut menyumbang mengikut dana masing-masing. Kerjasama daripada mereka ini begitu bermakna dan saya berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan budaya menderma dan prihatin ini akan menjadi amalan masyarakat di negeri ini,” luahnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, menyambut baik penganjuran almari makanan dan bazar percuma tersebut yang memberi sumbangan bermakna kepada golongan memerlukan.

“Kerajaan negeri menyambut baik penganjuran aktiviti yang diadakan oleh PKINK dan institusi masjid serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan ini kerana inisiatif diambil itu sangat baik.

“Jadi, kita harap program ini akan terus diperluaskan bagi mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan di samping membudayakan amalan menderma dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai menyempurnakan pelancaran PKINK Food CupBoard dan Projek Komuniti Bazar Percuma untuk Asnaf, di sini.

Menurut Mohd Amar lagi, program seperti ini juga secara tidak langsung dapat merealisasikan matlamat kerajaan negeri sebagai sebuah negeri berkebajikan dan cakna terhadap kehidupan rakyat.

Penganjuran kali pertama ini turut mendapat kerjasama Masjid As-Salam, KRT Taman Bakti Mesra, Misi Kembara Dakwah (MKD), ThirdForce Kota Bharu, Rumah Mahabbah Kota Bharu, Jurugambar Prihatin, Komuniti FreeMarket Kota Bharu, Pelita Wanis TNB Kelantan, Akademi Kemahiran Darul Naim, Kelab Balkis, Bulan sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan, Persatuan Jururawat Malaysia Negeri Kelantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.

Almari Makanan PKINK Dan Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan/aktiviti berita  Almari Makanan PKINK Dan Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan/aktiviti berita  Almari Makanan PKINK Dan Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan/aktiviti berita  Almari Makanan PKINK Dan Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan/aktiviti berita  Almari Makanan PKINK Dan Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan/aktiviti berita  Almari Makanan PKINK Dan Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan/aktiviti berita  Almari Makanan PKINK Dan Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan/aktiviti berita  Almari Makanan PKINK Dan Pasar Percuma Bantu Golongan Memerlukan/aktiviti berita