Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

50 Keluarga di Bachok Terima Bantuan 0

Posted on 8, Mei 2018

in Category Aktiviti / Berita


50 Keluarga di Bachok Terima Bantuan/aktiviti berita  50 Keluarga di Bachok Terima Bantuan/aktiviti berita  50 Keluarga di Bachok Terima Bantuan/aktiviti berita  50 Keluarga di Bachok Terima Bantuan/aktiviti berita  50 Keluarga di Bachok Terima Bantuan/aktiviti berita  50 Keluarga di Bachok Terima Bantuan/aktiviti berita  50 Keluarga di Bachok Terima Bantuan/aktiviti berita  50 Keluarga di Bachok Terima Bantuan/aktiviti berita

Seramai 50 orang termasuk ibu tunggal dan armalah menerima sumbangan wang tunai daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Pegawai Khas Kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Mohd Rozi Mohd Noor berkata, sumbangan yang diberikan adalah usaha berterusan PKINK bersama kerajaan negeri dalam mengurangkan bebanan mereka.

“PKINK amat konsisten dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Bantuan yang diberikan tidak bermusim, malah diadakan pada setiap masa bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Oleh itu, pelbagai bantuan dan program telah kita usahakan untuk berkongsi keuntungan bersama rakyat dan golongan yang kurang berkemampuan ini,” katanya ketika berucap dalam majlis serahan bantuan rakyat miskin di Pejabat Dun Pantai Irama di sini, hari ini.

Sebelum itu, Mohd Rozi turut menyampaikan sebuah motosikal roda tiga kepada seorang peniaga kecil-kecilan di premisnya di Pengkalan Chepa.

Mohd Khairul Mat Leh, 34, berkata, dengan bantuan berkenaan dia dapat meneruskan perniagaan dengan lebih sempurna dan selamat.

Katanya, sebelum ini dia hanya menggunakan motosikal biasa untuk menghantar barangan seperti tong gas, air berkabonat dan barangan runcit yang agak berisiko kepadanya.

“Dengan adanya motosikal roda tiga ini, saya berharap mampu mempelbagaikan lagi jualan yang sedia ada.

“Saya bersyukur dan terima kasih kepada PKINK di atas keprihatinan membantu usahawan kecil seperti saya.

“Saya anggap sumbangan ini sebagai bonus untuk terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan serta tanggungjawab dengan lebih dedikasi pada masa akan datang,” ujarnya.