Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Konvoi Sambil Beramal Medium Untuk Menderma 0

Posted on 11, Jun 2017

in Category Aktiviti / Berita


Konvoi Sambil Beramal Medium Untuk Menderma/aktiviti berita  Konvoi Sambil Beramal Medium Untuk Menderma/aktiviti berita  Konvoi Sambil Beramal Medium Untuk Menderma/aktiviti berita  Konvoi Sambil Beramal Medium Untuk Menderma/aktiviti berita  Konvoi Sambil Beramal Medium Untuk Menderma/aktiviti berita  Konvoi Sambil Beramal Medium Untuk Menderma/aktiviti berita  Konvoi Sambil Beramal Medium Untuk Menderma/aktiviti berita

 

KOTA BHARU 10 Jun – Seramai 30 peserta membabitkan agensi kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan penderma menyertai konvoi berkereta ‘Ramadhan Kareem Charity Ride 2017′ anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Bantuan Bencana NGO (BBNGO) dan KEMAHANGcare, semalam.

Peserta konvoi dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail di kediamannya di Machang.

Program yang diadakan selama dua hari itu turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri Kelantan yang turut disertai pelbagai syarikat dan NGO lain antaranya Pok Nik The Horseman, Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK), ISUZU Malaysia Sdn Bhd dan Infra Quest Sdn Bhd (IQSB).

Presiden KEMAHANGcare merangkap Pengarah Program, Rasyiman Azmawi Abdul Rahim, menjelaskan, pihaknya bukan sahaja menyampaikan bantuan kewangan malah turut menyalurkan bantuan perubatan dan barang keperluan harian untuk kegunaan asnaf, pelajar tahfiz dan anak yatim yang memerlukan.

“Bantuan ini berbeza mengikut keperluan penerima dan ini merupakan konvoi siri kedua yang diadakan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan NGO.

“Antara lokasi yang kita lawat adalah Rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim, Banggol Judah, Machang, Sekolah Tahfiz Fakir Miskin & Anak Yatim (SATYATIM) Kampung Jerek, Gua Musang dan asnaf sekitar Kampung Pulau Setelu dan Kampung Kemubu, Kuala Krai,” katanya.

Jelasnya lagi, Program ini cukup bermakna kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pelbagai pihak untuk bersama membantu golongan yang memerlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Saya juga terharu dengan semangat anggota PKINK dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang turut menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Kerjasama daripada mereka ini begitu bermakna dan saya berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang selain turut mengharapkan lebih banyak sokongan daripada syarikat-syarikat korporat di negeri ini,” luahnya.

Turut hadir, Pengerusi BBNGO, Profesor Dr Dinsuhaimi Sidek dan Timbalan Yang Dipertua KSKK PKINK, Nor Azuwan Saleh.