Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

2 Pelajar Terima Komputer Riba 0

Posted on 6, Ogos 2017

in Category Aktiviti / Berita


2 Pelajar Terima Komputer Riba/aktiviti berita 2 Pelajar Terima Komputer Riba/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyumbangkan komputer riba kepada dua pelajar kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail berkata, sumbangan itu tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKINK bagi memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti setempat terutama golongan asnaf.

Katanya, membantu rakyat yang memerlukan satu keutamaan bagi PKINK untuk membina hubungan kemasyarakatan di antara masyarakat luar dan Kumpulan PKINK.

“Dengan sumbangan komputer riba ini diharap dapat meringankan beban keluarga mereka seterusnya dapat membantu mereka berdua menghabiskan pengajian masing-masing dengan jayanya,

“Selain itu, saya juga berharap ianya mampu menyuntik semangat anak-anak ini untuk memberikan yang terbaik dalam pembelajaran mereka, sekali gus meneruskan legasi kita semua untuk berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara di masa hadapan,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ringkas penyerahan sumbangan komputer riba kepada dua pelajar tersebut di pejabatnya di sini hari ini.

Sumbangan komputer riba itu disampaikan oleh Pengerusi PKINK, Dato’ Ahmad Yakob sempena Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PKINK.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah PKINK, Dato’ Mohd Fadzli Yusoff, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan, Mazli Zakuan Mohd Noor dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (P&P) Kumpulan, Mohd Asri Sulaiman.