Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0 0

Posted on 25, November 2018

in Category Aktiviti / Berita


118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita  118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita  118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita  118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita  118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita  118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita  118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita  118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita  118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita  118 Menderma Darah Di Program Derma Darah 2.0/aktiviti berita

KOTA BHARU 24 Nov – Jumlah penderma darah meningkat sehingga 118 orang dalam program ‘Derma Darah 2.0’ anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang berlangsung di ruang legar Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan di sini semalam.

Berbanding program kali pertama yang diadakan pada Ogos lalu hanya berjaya menarik minat 100 penderma daripada seluruh daerah di negeri ini.

Program yang berlangsung kira-kira lapan jam bermula 8:30 pagi itu adalah kali kedua diadakan pada tahun ini.

Program itu yang dianjurkan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK, Pusat Perubatan An-Nisa (An-Nisa), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) negeri Kelantan, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Lion Club, Ar-Rahn dan KEMAHANGcare serta mendapat kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.

Pada penganjuran kali ini, pihak penganjur turut menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan perkhidmatan cuci emas percuma di samping hadiah cabutan bertuah seperti peralatan elektrik dan pakej penginapan.